Saturday 11 February 2012

Panduan untuk memperbaiki kehidupan sempurna insyaAllah semua dengan IziNya jua.

Personaliti


1.    Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain.   Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya. 

2. 
  Jangan ada perasaan negatif   pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini 

3. Jangan berlebihan, tetapkan had 


4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius 


5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’ 


6. Bermimpilah ketika anda berjaga 


7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan 


8. 
  Lupakan kisah yang lama.   Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang 

9. 
  Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa 

10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini 


11. 
  Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri 

12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat 


13. Lebihkan senyum dan ketawa

 
14. 
  Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju 
  
Komuniti 


15. Kerap menelefon ahli keluarga 

16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain 


17. 
  Maafkan semua orang untuk segala galanya 

18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun 


19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari 


20. 
  Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda 

21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka 



Kehidupan 


22.   Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan 

23. 
  Allah akan mengubati segala galanya 

24. Buat perkara yang betul 


25. 
  Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah 

26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia 


27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba 


28. 
  Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan 

29. 
  Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah 

30. 
  Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah 
  





Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas, kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda. 
Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda.


No comments:

Post a Comment